Wednesday, June 13, 2007

citer si gemuk lagi...

  ni pok cik nak citer lagi pasal si gemuk tu...rasa geramnya...

  semalam si gemuk tu intercom pok cik kata adalah masalah dengan e-banker. jadi, lepas abis cakap tu pok cik terus call bank islam untuk tanya tentang masalah e-banker tu. diorang kata nak check dulu nanti call balik pok cik la.

  pok cik pun tunggu. kol 5.46 petang baru bank islam call balik pok cik. diorang bagitau pok cik batch (2 transaksi hilang dalam data entry) yang ada masalah tu sudah diapprove. tapi nasib baik takde apa-apa, semua transaksi dalam batch tu ada dan berjaya disettle.

  masa tu pok cik rasa sangat geram. lepas abis cakap dengan pegawai bank islam, pok cik terus naik atas ofis nak marah kat dia. rasa geram sebab kenapa nak bagitau pok cik masalah tu? kalau dah bagitau pok cik dan pok cik kata biar pok cik check dulu, so si gemuk tu tunggu la. pandai-pandai pulak dia suruh penolong pentadbir approvekan. nasib dia baik sebab semalam masa pok cik naik tu, dia dah balik....kalau tak...terima lah @#$%^ daripada pok cik...

  lain kali buat sendiri lah...fed up sungguh keje sini...

Saturday, June 9, 2007

sarapan...

arini pembantu pok cik tu lewat, ntah la dia buat apa tu...kata dia bas lewat...hehehe...bas lewat ke dia gi dating dgn cik abe dia...hehehe...

selalunya dia yang belikan nasi untuk sarapan, jadi arini pok cik pula kena beli...mujur tak lewat...dah la pok cik kol 8.30 baru kuar dari rumah...ingat tak sempat dah...

nak citer sikit pasal "cari makan" di kawasan ofis pok cik. kawasan ni kawasan orang cina, tempat ni siap diberi nama "china town" oleh orang tempatan. jadi, bayangkan kebanyakan orang di kawasan ni adalah orang cina, pastu kedai-kedai makan pun kedai-kedai cina yang tak halal. sampai masa nak makan, selalunya tak tau nak makan kat mana sebab tak banyak pilihan untuk kita yang muslim kat sini. kalau nak drive gi tempat lain pulak, time lunch mesti jalan jam. sebabnya orang sini tak suka makan roti kot...hehehe...gurau je...sebabnya jalan raya sini tidak dirancang dengan teratur, dah lah keter banyak...hmm...boleh tahan jugak jam sini...cam kl...

jadi, harapan kita semua...bukalah banyak banyak kedai makan muslim kat sini...

Wednesday, June 6, 2007

lelaki misteri

tadi masa lunch, pok cik gi makan kat "mahligai cafe" ngan pembantu pok cik. masa on the way balik ke ofis (kita jalan kaki je la, malas nak bawa keter), pok cik terserempak ngan seorang "lelaki misteri"...lelaki tu...pok cik rasa umur dia dalam late 40s atau early 50s.

jadi apa yg misteri sangat tentang lelaki ni. pok cik sendiri pun tak pasti, rasa cam misteri je orang tu. kali pertama pok cik tengok dia kat kedai makan sebelah hong leong bank. masa tu kalau lihat dari segi pemakaian, muka yang bersih, dan ... rasa ni mesti orang senang...kalau tidak pun mesti orang keje kat ofis...keje senang-lenang...

tapi, kali kedua pok cik terserempak ngan dia, pok cik tengok dia dah jadi lain. jadi tidak terurus pemakaiannya dan nampak "lebih tua" daripada kali pertama pok cik nampak dia. lepas tu jumpa dia lagi...dalam 2-3 kali. hari ni plak jumpa sekali lagi...kali ni, dia jelas nampak "lebih tua" dan lebih tidak terurus.

pok cik tak tau la nape rasa "minat" nak tau pasal orang tu. rasa ok gak sekurang-kurangnya tanya dia dok mana...rasa cam orang luar je...oh ye...satu lagi...setiap kali pok cik terjumpa ngan dia, dia mesti bawa satu beg...

hehehe...takpelah...lain kali jumpa tu mungkin tanya kot...

balik kampung...

pagi ni pok cik baru balik semula dari kampung...balik kampung 31 Mei. Kira cuti panjang...rasa ngantuk dan letih tapi kena tunggu balik keje baru leh rehat.

masa cuti kat kampung selama 6 hari, pok cik tak gi mana-mana, dok umah je...sebab nak rehat, nak main game, nak tengok tv saja...hehehe...

rasa kejap saja cuti...hari ni dah kena balik semula ke keje...pagi-pagi lagi ada sesi penggambaran staf...pok cik terlepas sesi penggambaran tu sebab tidak diberitahu awal-awal, masa diorang tengah ambil gambar, pok cik pula ada kat rumah sebab balik rumah ambil kereta. takpelah...ntah sampai bile baru diorang nak ubah budaya ini - budaya di mana kalau ada apa-apa langsung tak inform...senyap je semua...

dah banyak kali dah pok cik bangkitkan perkara ni dalam mesyuarat, tapi masih serupa gak...pok cik dah rasa fed up dah nak sebut lagi perkara tu...