Saturday, December 22, 2007

jika...

dalam seumur hidup seseorang insan, berapa "jika" yang telah diucapkan di tepi bibirnya, berapa "jika" yang terlintas dalam fikirannya...dan berapa "jika" yang telah menjadi kenyataan.

adakah manusia terlalu lemah dan hanya mampu untuk bergantung kepada "jika" dan mengharapkan "jika" untuk menolongnya. apa daya kita untuk mengubah sesuatu yang kita cuma mampu dengan mengatakan "jika".

adakah hidup ini yang menguasai kita atau di sebaliknya? adakah semuanya sudah ditakdirkan? tidak adakah sedikit kuasa pada diri ini untuk mengubah apa yang dipanggil "takdir" itu?

jika...jika...jika...

jika...ku ingin memegang tangan mu sambil berjalan di tepi pantai...sambil mendengar pukulan ombak yang begitu tenang...bersandar di atas pantai memerhatikan langit yang membiru...

jika...ku ingin pergi ke atas bukit bersamamu dalam pangkuanku...membilang bintang dalam langit gelap...satu persatu dibilang...sehingga mu tertidur dalam pelukan ku...lantas...ku kucup bibir dan dahi mu...mencurahkan kasih sayang ku pada mu, kasih sayang yang tak ada batas dan penghujung...

jika...ku ingin berumahtangga dengan mu...membina satu keluarga yang bahagia yang selama ini kita sama-sama idamkan...

jika...ku ingin bersama mu selama-lamanya...saling membimbing di kala waktu senja...

jika...semua itu terlalu indah...tetapi ku cuma mampu ber"jika" kerana ku adalah seorang manusia yang lemah...yang makin tak kenal apa itu "harapan"...kerana masa telah mencuri "harapan" daripadaku dan memberi ku "kecewa" sebagai balasan...

suara mu kian pudar dari ingatanku...ku makin tak mampu untuk memiliki mu lagi...

bahasa inggeris...bahasa yang kian kulupai...

semalam pok cik call citibank sebab nak tau status permohonan kad kredit. dah banyak kali dah cuba call citibank sejak beberapa hari yang lalu tapi tak berjaya, alhamdulillah berjaya juga semalam.

masa pilihan IVR tu, pok cik dah pilih bahasa melayu, tapi masa disambung ke staf dia, alamak, cakap bahasa inggeris plak. pok cik apa lagi, o a o a...cakap bahasa inggeris macam cakap bahasa melayu...tapi oklah, sampai juga apa yang pok cik nak sampaikan kepada staf itu. status permohonan masih pending, takpe pok cik tunggu lagi.

pok cik sungguh tak sangka, akhirnya pok cik jadi seorang yang tak pandai berbahasa inggeris...hmm...ntah sedih atau gembira...apa pun, pok cik telah mengkotakan janji yang pok cik buat ke atas diri sendiri...janji di mana pok cik tak akan guna bahasa inggeris melainkan pada masa yang terpaksa, dan pok cik tidak akan menagung-agungkan bahasa inggeris lagi...akhirnya, janji ini telah dikota dan hasil daripada janji ini, terhasil seorang yang tak pandai berbahasa inggeris...

hmm...masa berlalu dengan pantas...ia berlalu begitu saja tanpa sebarang belas kasihan...adakah pok cik gembira dengan "kejayaan" ini? memikirkan pok cik pada suatu masa dahulu merupakan seorang yang begitu pandai berbahasa inggeris, begitu hebat dalam bahasa inggeris...namun kini semua itu telah menjadi satu lagi helaian diari pok cik yang kian pudar dari ingatan...

adakah pok cik gembira dengan semua yang pok cik dah buat? adakah ia berbaloi? makin dicari jawapnnya, makin jadi kelirunya diri ini...