Thursday, September 4, 2008
hidup yang tak bermakna
dah lama tak tulis blog ini. makin hari makin rasa bosan dan berasa hidup ini tidak bermakna. makin hari makin kecewa. hilang arah tuju, hilang keinginan untuk terus hidup, hilang matlamat hidup...apa erti sebenarnya hidup ini bagi diri ini yang sudah tidak nampak sedikit cahaya bagi jalan yang masih ada di depan mata.
bosan melihat gelagat manusia...bosan melihat hipokrit manusia. bosan melihat betapa hodohnya akhlak manusia...bosan melihat orang-orang dewasa yang sepatutnya menjadi teladan kepada saya membuat perkara terkutuk, perkara keji yang langsung tidak berasa sedikit malu silu malahan bangga dengan apa yang dilakukan dan terus berasa gembira atas kejayaan mereka setelah menjahanamkan orang lain.
inikah dunia yang aku hidup dalam...sedih dan hampa...di manakah tempatnya yang masih ada sedikit harapan untuk aku terus hidup...di manakah tempatnya yang masih ada sedikit keikhlasan...di manakah tempatnya yang masih ada kasih sayang...di manakah tempatnya yang masih ada kejujuran...
Monday, April 14, 2008
Wednesday, April 2, 2008
surprise...daripada pak zawi
pok cik amat gembira sebab pok cik tak sangka pak zawi, seorang blogger yang terkenal akan memberi komen di blog pok cik ni yang mengarut.
tanpa disedari, blog ni telah menjadi satu tempat di mana pok cik dapat meluahkan perasaan dan pemikiran pok cik terhadap sesuatu perkara. pok cik harap blog ni dapat menghiburkan pengunjungnya, biarpun ia cuma mengarut. pok cik harap juga dapat berkenalan dengan orang yang "sekepala" dengan pok cik.
post ni pok cik tuju khas kepada pak zawi. terima kasih banyak banyak. arigato gozaimas.
Semuga cucu cici pok cik terhibur dengan blog pak zawi...
Wednesday, March 26, 2008
mesyuarat yang tidak bermakna...
petang tadi pok cik ada mesyuarat, mesyuarat pegawai. rasa sangat boring dan fed up dengan mesyuarat, rasa fed up juga dengan lembaga lembaga.
banyak masa, pok cik cari alasan untuk tidak masuk mesyuarat. tapi masuk juga sebab ayah pok cik selalu nasihatkan pok cik untuk masuk mesyuarat.
kadangkala pok cik sangat tak faham kenapa puak puak lembaga ni macam budak budak. mesyuarat pun tidak mesyuarat macam orang dewasa. entah apa hasil dari mesyuarat yang berjam-jam lama. rasanya tak ada melainkan hasil untuk poket diorang. rasa geram betul. diorang ni langsung tak leh buat kerja. buang masa je buat mesyuarat.
mesyuarat kali ni buat pok cik rasa geram saja. semasa dalam mesyuarat, setiausaha tanya apa yang sepatutnya dibawa masuk dalam mesyuarat pegawai. pastu diorang pun mula berbincang. buang masa saja, bisik pok cik dalam hati. rasa sangat tak puas hati sebab perkara tu pernah pok cik timbulkan lebih kurang setengah tahun yang lalu dalam mesyuarat yang sama, iaitu mesyuarat pegawai yang bodoh ni. tapi, yang peliknya takde perbincangan pun untuk perkara yang pok cik bangkitkan.
pok cik rasa seolah-olah pok cik ni langsung tak penting dalam syarikat ni. apa yang pok cik kata diabaikan saja. kalau betul, pok cik berhenti je la. tak nak susahkan diri sendiri dan juga orang lain. tapi, masalahnya betul ke pok cik ni tak penting? diorang masih tak sedar akan pentingnya pok cik di situ. suatu hari nanti diorang pasti akan sedar, tapi pok cik boleh memberi jaminan kepada diorang bahawa saat diorang sedar akan pentingnya pok cik, masa tu semuanya sudah terlambat.
pok cik terasa pok cik ni langsung tak dihargai dan dihormati. pok cik selalu memberi komen dan kritikan yang membina. pok cik selalu gak memberi cadangan ni cadangan tu. tapi semuanya diabaikan saja. apa masalahnya! pok cik tertanya-tanya. sebab pok cik terlalu muda dan orang orang tua ni rasa ego nak dengar kata kata pok cik? macam tu ke? ataupun sebab kata kata pok cik tu kebudak-budakan, orang kata tak boleh pakai idea pok cik. tapi rasanya tidak. kalau betul idea pok cik tak boleh pakai, kenapa idea pok cik yang pernah pok cik kata, komen pok cik yang pernah pok cik sampaikan dalam mesyuarat, dikeluarkan semula oleh orang lain di masa lain, dan pelik sungguh semuanya diterima dan dibincangkan, bahkan ada yang memuji. jadi kenapa??? rupa rupanya orang orang dewasa ni hanya pandai MENCIPLAK kata kata pok cik.
lembaga yang ada sekarang ni teruk teruk belaka. minta minta lah semua kena tukar, biarlah orang yang ADA OTAK dan berkaliber masuk dalam lembaga. yang sekarang ni cuma tau makan, berkira kira setiap bulan tu berapa elaun dia boleh dapat.
Wednesday, March 19, 2008
hidup yang makin sibuk, makin tak bermakna???
hidup pok cik ni bertambah sibuk akhir-akhir ni. rasa tertekan sangat. banyak kerja lagi yang tertunggak yang perlu dibereskan dengan segera. otak menjadi serabut, rasa nak pergi saja dari sini ke suatu tempat untuk berehat, untuk menenangkan jiwa ini yang penat.
ni lah meja pok cik di ofis, tengok berselerak barang-barang, otak bertambah serabut dengan keadaan begini...gambar sape tu? gambar pok cik dengan ayah pok cik...hehehe...
bergambar dengan ayahanda yang tersayang
hmm...banyak lagi kerja nak settlekan. sakit kepala saja mikirkan bila boleh siap. pok cik perlu sangat berehat...rehat...cuti...
Sunday, February 17, 2008
Tahun Baru Cina
dah dekat2 seminggu pok cik balik dari kampung. aritu balik kampung sebab tahun baru cina, balik untuk bersama keluarga. hari pertama di kampung, pok cik sakit teruk, sakit kepala dan sakit tekak yang amat sehingga kena makan pain killer untuk menahan sakit. masa telan air liur pun terasa sangat sakit. dan sebab itu lah banyak makanan dan biskut raya yang best best pok cik tak leh makan...kesian...cuma boleh makan bubur saja...tapi mujur mak ada, di bawah jagaan mak, pok cik beransur pulih dan masa hari ketiga tu dah hampir sembuh.
pok cik banyak habiskan masa di rumah, tak gi mana-mana. dah lah malas, sakit pula tu, jadi elok dok rumah je la. hari kedua tahun baru cina, pok cik gi rumah nenek untuk "beraya" seperti tahun-tahun lepas. hari ketiga plak, kitorang gi melaka (satu kuarge, tapi ayah pok cik tak gi), gi mahkota parade untuk tengok movie, tengok CJ7. hmm...takde lah best sangat...pastu gi main game juga...main game lumba keter dengan 3 orang adik...hehehe...sape menang? mestilah pok cik, juara pe...
ni ada sikit gambar yang sempat pok cik ambil masa di kampung...
ni ada sikit gambar yang sempat pok cik ambil masa di kampung...
permandangan di kampung...pok cik ambil gambar ni masa gi round-round di kawasan kampung bersama dengan adik lelaki. dia bawa motor, pastu pok cik sibuk snap gambar kat belakang
satu lagi gambar permandangan di kawasan kampung
gambar ambil sendiri...tak malu agaknya...ambil masa hari kedua tahun baru cina, sebelum nak bertolak ke rumah nenek
cayerlah...orang ni umur dia cuma 28...hahaha...bukan 40....
adik bongsu pok cik sedang sibuk main game...ingat nak challenge dia main game menari tapi segan la...ramai orang di sana
lagi gambar adik main game...
Tuesday, January 29, 2008
ku yang tak bermaya...
pau dalam bentuk gajah, ikan...???
cucu cicit pok cik dah tengok blog pak zawi yang pok cik recommend aritu? kalo tak lagi tu kena rotan...
dalam pak zawi menjawab komen pok cik pasal makanan kelantan, beliau ada sebut tentang sejenis pau yang dibuat dalam bentuk gajah, bentuk ikan, dan macam-macam bentuk lagi. susah bagi pok cik untuk bayangkan sebab tak pernah tengok...tapi mesti sedap kan?
kalau siapa-siapa yang ada gambar pau tu pos lah satu untuk pok cik ye...
dalam pak zawi menjawab komen pok cik pasal makanan kelantan, beliau ada sebut tentang sejenis pau yang dibuat dalam bentuk gajah, bentuk ikan, dan macam-macam bentuk lagi. susah bagi pok cik untuk bayangkan sebab tak pernah tengok...tapi mesti sedap kan?
kalau siapa-siapa yang ada gambar pau tu pos lah satu untuk pok cik ye...
Friday, January 18, 2008
bahasa inggeris...
sudah lama pok cik tak gunakan bahasa inggeris dalam percakapan, penulisan dan...
lepas ni, pok cik akan guna bahasa inggeris untuk blogging...dan juga bahasa melayu...setelah terbaca blog seorang "pak cik", ni pak cik betul ni...umur beliau dalam 57, gitu...
pok cik tertarik dengan keupayaan beliau untuk menulis dalam bahasa inggeris...ia banyak mengingatkan masa lampau pok cik, masa pok cik masih seorang yang begitu bangga dengan bahasa inggeris...
ok...harap semua teruskan baca blog pok cik ni ye...
kalau sape2 nak tengok blog pak cik tu...ni blog dia http://mohdzawi.blogspot.com/
lepas ni, pok cik akan guna bahasa inggeris untuk blogging...dan juga bahasa melayu...setelah terbaca blog seorang "pak cik", ni pak cik betul ni...umur beliau dalam 57, gitu...
pok cik tertarik dengan keupayaan beliau untuk menulis dalam bahasa inggeris...ia banyak mengingatkan masa lampau pok cik, masa pok cik masih seorang yang begitu bangga dengan bahasa inggeris...
ok...harap semua teruskan baca blog pok cik ni ye...
kalau sape2 nak tengok blog pak cik tu...ni blog dia http://mohdzawi.blogspot.com/
Sunday, January 6, 2008
akhirnya...dapat juga handset kegemaran ku...
ta ra...pok cik dah dapat handset P1i kegemaran pok cik. sebenarnya pok cik dah dapat masa 3 hb cuma tak sempat nak tulis kat blog ni sebab terlalu asyik dengan mencubanya...
hehehe...best lah handset ni...macam-macam leh buat...oklah...nak explore lagi, nanti pok cik post lagi ye...
hehehe...best lah handset ni...macam-macam leh buat...oklah...nak explore lagi, nanti pok cik post lagi ye...
Wednesday, January 2, 2008
my P1i
huhuhu...semua orang sibuk bincang pasal azam baru...yelah...sebab tahun 2008 sudah tiba...
pok cik takde apa-apa azam baru yang boleh dibanggakan...pok cik harap orang-orang yang pok cik sayang semuanya sihat, gembira, bahagia dan dapat segala-gala yang diimpikan.
on the other hand, untuk pembukaan tahun baru ini, iaitu pada 1 hb Jan 2008, pok cik gi kat kedai sony atas tujuan nak beli handset baru yang pok cik idamkan sejak tahun lepas lagi - P1i. Yang kecewa sikit tu diorang takde stok, kena order dulu. katanya mungkin akan sampai khamis ni, iaitu esok. rasa tak sabar menunggu, tapi kena bersabar juga...
pok cik takde apa-apa azam baru yang boleh dibanggakan...pok cik harap orang-orang yang pok cik sayang semuanya sihat, gembira, bahagia dan dapat segala-gala yang diimpikan.
on the other hand, untuk pembukaan tahun baru ini, iaitu pada 1 hb Jan 2008, pok cik gi kat kedai sony atas tujuan nak beli handset baru yang pok cik idamkan sejak tahun lepas lagi - P1i. Yang kecewa sikit tu diorang takde stok, kena order dulu. katanya mungkin akan sampai khamis ni, iaitu esok. rasa tak sabar menunggu, tapi kena bersabar juga...
Subscribe to:
Posts (Atom)