Wednesday, March 26, 2008

mesyuarat yang tidak bermakna...

  petang tadi pok cik ada mesyuarat, mesyuarat pegawai. rasa sangat boring dan fed up dengan mesyuarat, rasa fed up juga dengan lembaga lembaga.

  banyak masa, pok cik cari alasan untuk tidak masuk mesyuarat. tapi masuk juga sebab ayah pok cik selalu nasihatkan pok cik untuk masuk mesyuarat.

  kadangkala pok cik sangat tak faham kenapa puak puak lembaga ni macam budak budak. mesyuarat pun tidak mesyuarat macam orang dewasa. entah apa hasil dari mesyuarat yang berjam-jam lama. rasanya tak ada melainkan hasil untuk poket diorang. rasa geram betul. diorang ni langsung tak leh buat kerja. buang masa je buat mesyuarat.

  mesyuarat kali ni buat pok cik rasa geram saja. semasa dalam mesyuarat, setiausaha tanya apa yang sepatutnya dibawa masuk dalam mesyuarat pegawai. pastu diorang pun mula berbincang. buang masa saja, bisik pok cik dalam hati. rasa sangat tak puas hati sebab perkara tu pernah pok cik timbulkan lebih kurang setengah tahun yang lalu dalam mesyuarat yang sama, iaitu mesyuarat pegawai yang bodoh ni. tapi, yang peliknya takde perbincangan pun untuk perkara yang pok cik bangkitkan.

  pok cik rasa seolah-olah pok cik ni langsung tak penting dalam syarikat ni. apa yang pok cik kata diabaikan saja. kalau betul, pok cik berhenti je la. tak nak susahkan diri sendiri dan juga orang lain. tapi, masalahnya betul ke pok cik ni tak penting? diorang masih tak sedar akan pentingnya pok cik di situ. suatu hari nanti diorang pasti akan sedar, tapi pok cik boleh memberi jaminan kepada diorang bahawa saat diorang sedar akan pentingnya pok cik, masa tu semuanya sudah terlambat.

  pok cik terasa pok cik ni langsung tak dihargai dan dihormati. pok cik selalu memberi komen dan kritikan yang membina. pok cik selalu gak memberi cadangan ni cadangan tu. tapi semuanya diabaikan saja. apa masalahnya! pok cik tertanya-tanya. sebab pok cik terlalu muda dan orang orang tua ni rasa ego nak dengar kata kata pok cik? macam tu ke? ataupun sebab kata kata pok cik tu kebudak-budakan, orang kata tak boleh pakai idea pok cik. tapi rasanya tidak. kalau betul idea pok  cik tak boleh pakai, kenapa idea pok cik yang pernah pok cik kata, komen pok cik yang pernah pok cik sampaikan dalam mesyuarat, dikeluarkan semula oleh orang lain di masa lain, dan pelik sungguh semuanya diterima dan dibincangkan, bahkan ada yang memuji. jadi kenapa??? rupa rupanya orang orang dewasa ni hanya pandai MENCIPLAK kata kata pok cik.

  lembaga yang ada sekarang ni teruk teruk belaka. minta minta lah semua kena tukar, biarlah orang yang ADA OTAK dan berkaliber masuk dalam lembaga. yang sekarang ni cuma tau makan, berkira kira setiap bulan tu berapa elaun dia boleh dapat.

Wednesday, March 19, 2008

hidup yang makin sibuk, makin tak bermakna???

hidup pok cik ni bertambah sibuk akhir-akhir ni. rasa tertekan sangat. banyak kerja lagi yang tertunggak yang perlu dibereskan dengan segera. otak menjadi serabut, rasa nak pergi saja dari sini ke suatu tempat untuk berehat, untuk menenangkan jiwa ini yang penat.


ni lah meja pok cik di ofis, tengok berselerak barang-barang, otak bertambah serabut dengan keadaan begini...gambar sape tu? gambar pok cik dengan ayah pok cik...hehehe...


bergambar dengan ayahanda yang tersayang

hmm...banyak lagi kerja nak settlekan. sakit kepala saja mikirkan bila boleh siap. pok cik perlu sangat berehat...rehat...cuti...