Thursday, March 26, 2009

Selamat Tinggal Kota Bharu

hari ini merupakan hari kedua aku berada di kampungku, negeri sembilan. segala galanya yang berlaku di kota bharu telah menjadi kenangan yang bakal kutangisi bila dikenang.

berulang kali aku bertanya kepada diriku sendiri bahawa kenapa aku membiarkan perkara ini berlaku? bukankah aku ingin duduk di kota bharu buat selama lamanya? aku bodoh. aku tak guna. lantas hari di mana aku terpaksa meninggalkan kota bharu telah pun tiba. aku tidak berupaya melawan nasibku ini. yang ada padaku sekarang adalah penyesalan demi penyesalan yang tiada penghujungnya.

abah, fan sangat sangat rindu abah. fan ingin sangat nak balik ke kota bharu, ke tempat abah tinggal. fan tak sanggup nak menanggung perasaan rindu ini lagi. fan tau semua tu berlaku kerana fan tidak mendengar nasihat abah. fan tak guna. fan bukan saja buat diri fan sedih malah fan juga buat abah sedih.

abah, cuma abah saja tempat fan mengadu. cuma abah saja tempat fan bermanja. dan cuma abah saja tempat untuk fan mengharapkan kasih sayang. kasih sayang abah yang tak mampu fan balas. namun, berkali kali fan kecewakan abah dan buat abah sedih.

ya allah, kembalikan aku ke kota bharu. aku merayumu. aku berjanji akan buat yang terbaik di situ.