Tuesday, November 27, 2007

adakah...

adakah pok cik tidak erti menyayangi orang lain dan sebab tu tak ada orang sayang pada pok cik. barangkali...pok cik tertanya-tanya, ada sesiapa yang sayang pada pok cik? ada sesiapa yang sudi sayang pada orang yang tidak erti menyayangi orang lain...

adakah dua orang patut terus bersama kalau dua insan ini terus terseksa kerana berbeza dalam cara berfikir, pendapat, nilai hidup, walaupun dua insan ni sangat saling sayang-menyayangi.

apa maknanya kalau kasih sayang yang diberikan yang difikirkan terbaik buat seorang lagi tu menjadi satu beban kepada si dia dan melukakan hati dia...adakah ia terjadi kerana tidak berfikir dalam pihak seorang lagi? ataupun orang ni tak erti nak sayang orang lain...

nilai kewujudan

pada saat ini, pok cik tertanya-tanya adakah nilai kewujudan seseorang itu bergantung pada tahap bagaimana seseorang itu diperlukan oleh orang lain. kalau ya, adakah pok cik sendiri mempunyai nilai untuk wujud dalam dunia ini, ataupun pok cik cuma menambahkan bilangan yang menjadi beban kepada dunia ini.

"adakah saya diperlukan?" soalan itu asyik bermain dalam kepala pok cik...tiada maknanya untuk terus hidup atas dunia yang zalim ni sekiranya diri ini tidak diperlukan oleh sesiapa...adakah diri ini teruk? satu soalan yang pok cik inginkan jawapan..."adakah diri ni sangat mementingkan diri? satu lagi soalan yang pok cik tertanya-tanya...

tak tau sebab apa, mungkin sebab hati ni dah cukup letih, diri ni juga berharap ada orang yang memerlukan pok cik...biar diri ni mempunyai nilainya untuk terus wujud dalam dunia ni...

Monday, November 26, 2007

gambar pok cik masa kecil

lama dah tak post kat blog ni...bulan 11 ni satu pun takde lagi...untuk kali ni, pok cik nak tunjukkan gambar pok cik masa kecik...cute tak...

cute tak? hehehe...suruh putera tengok pic ni...



cute kan? dengan bantal peluk tu? bantal faverit pok cik. rasa rasanya ada lagi kat umah



duduk atas keter ayah rasanya...



sedapnya makan ais krim. budak kecil sebelah pok cik tu sepupu pok cik, tua setahun daripada pok cik. lelaki dewasa tu atuk sebelah mak



bergaya dengan handheld "game boy" masa tu. nampak tak keter warna biru tu, tu pok cik punya



bestnya katil besar ni...