pada saat ini, pok cik tertanya-tanya adakah nilai kewujudan seseorang itu bergantung pada tahap bagaimana seseorang itu diperlukan oleh orang lain. kalau ya, adakah pok cik sendiri mempunyai nilai untuk wujud dalam dunia ini, ataupun pok cik cuma menambahkan bilangan yang menjadi beban kepada dunia ini.
"adakah saya diperlukan?" soalan itu asyik bermain dalam kepala pok cik...tiada maknanya untuk terus hidup atas dunia yang zalim ni sekiranya diri ini tidak diperlukan oleh sesiapa...adakah diri ini teruk? satu soalan yang pok cik inginkan jawapan..."adakah diri ni sangat mementingkan diri? satu lagi soalan yang pok cik tertanya-tanya...
tak tau sebab apa, mungkin sebab hati ni dah cukup letih, diri ni juga berharap ada orang yang memerlukan pok cik...biar diri ni mempunyai nilainya untuk terus wujud dalam dunia ni...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment