Monday, September 14, 2009

hati yang letih

pagi pagi lagi kena marah kat bos sebab tak pakai uniform. aku mengakui itu adalah kesalahanku. entah kenapa bos asyik pick on me. asyik cari aku je utk lepas geram, ada saja yg tak kena dgn aku. aku dah cukup letih dgn hidup ini yg takde makna lagi buatku.

keje gagal, masa depan tak menentu, pendek kata gagal hidup aku ni. aku terlalu lemah, tak guna. aku dah tak daya lagi utk melawan kekejaman hidup ini. hati ni sangat letih...letih...

kenapa hidup ku asyik dilanda perkara buruk. dpt keje baru ingatkan dpt mulakan hidup baru yg lbh elok. namun, kenapa bos selalu mencari pasal dgn aku. aku tau aku tak pandai mengampu, tapi itu aku, aku bukan orang yg hipokrit. salahkah aku kalau aku jadi aku dan bukannya orang yg di sebalik topeng yg 3m tebalnya yg langsung tak kenal segan malu semata mata untuk mengeluarkan kata kata meluat utk mengambil hati bos.

aku letih, sungguh letih. aku dah cuba cari kerja lain, namun usaha belum berbuahkan hasil. sampai bilakah aku kena duduk terseksa di sini? aku tak sanggup dah...keinginan untuk meletak jawatan dah semakin menebal...

Tuesday, May 26, 2009

struggle untuk hidup

semalam masa makan lunch, aku nampak sorang pekerja luar negara yang kerja sebagai pak guard makan di restoran aku makan ni. sepinggan nasi putih dan sedikit sayur saja...itulah makanan buat tengahari dia. 

aku perhatikan dia...setiap gerak geri dia, tanpa mempedulikan rakan sekerja yang duduk di sebelah aku. aku tak peduli apa yang diorang akan fikir pasal perlakuan aku yang pelik ni.

dia mencapai botol kicap dan sos cili yang ada di atas meja, lalu memasukkan kicap dan sos cili ke dalam nasinya. aku kesian melihat keadaannya, tapi apa daya aku untuk menolongnya? aku cuma mampu melihat dia memasukkan nasi yang bergaul dengan kicap dan sos cili ke dalam mulutnya...suap demi suap...sambil menonton tv yang ada di depan.

aku sedih...berkali kali aku bertanya kepada diriku...begini kah hidup? aku tak tau adakah dia juga bersedih dengan keadaan dia yang begitu...suapan nasi itu seolah-olah menelankan keperitan hidup ke dalam perutnya...tak mampu nak buat apa...tapi terpaksa menerimanya...




Wednesday, May 6, 2009

kaki yang busuk

semalam masa aku tengah sedap baring atas katil untuk berehat, tiba tiba bos sms aku bagitau ada meeting dengan programmer rusia kol 8 malam. bos memang teruk, malam malam masa kita pun dia nak ambil. badan dah lah penat, pastu masa jumpa dengan programmer rusia tu, kaki dia giler busuk, rasa nak pengsan dan muntah.

siangi bau asap rokok, malam pula bau kaki busuk. kesian sungguh kerja sini...

Monday, May 4, 2009

hari ini

hmm...mood hari ni pelik saja. rasa ngantuk ada, rasa bosan ada, rasa frus ada...macam macam ada. aku rasa nak quit kerja sekarang. aku rasa tak selesa bekerja di sini. bosan bosan bosan. bosan dengan kakitangan bawahan aku yang malas buat kerja. bosan dengan bos bos aku yang pakai topeng berlapis lapis yang bukan main pandai menipu.

sedih aku hidup dalam keadaan camni. aku dah tak erti apa tujuan hidup ini. tiap tiap hari aku menjalani hidup tanpa sebarang tujuan...adakah hidup begini yang aku inginkan. tidak! tapi apa daya aku untuk mengubah keadaan aku sekarang ini.

hati rasa makin lemah. aku ingin berubah, ingin mengubah hidup ku ini. tapi ku tak berdaya...

Tuesday, April 7, 2009

selamat!!!

semalam masa tidur di rumah sewa tu, alhamdulillah semuanya selamat. tak ada apa apa yang berlaku. aku harap akan selamat duduk di situ untuk hari hari yang berikut. sekarang masalah yang tinggal adalah bagaimana nak bersihkan rumah tu. banyak lagi yang kena kemas walaupun bilikku dah kemas. apapun, aku harap kitorang dapat membersihkan rumah tu secepat mungkin dan mewujudkan satu suasana yang selesa untuk menduduki.

dalam masa yang sama, hatiku sangat rindu kepada abah. tapi aku tahu aku kena bersabar kerana jumaat ni kita akan jumpa. aku harap kita akan ada masa yang panjang untuk bersama. dan ku bilang setiap detik yang tinggal untuk ku berjumpa dengan abah.

Monday, April 6, 2009

rumah!!!

akhirnya aku telah dapat tempat tinggal. bos tempat keje telah memberi sewa rumah dia dengan harga RM 500 daripada RM 1000 yang sepatutnya. katanya, company subsidi 50%.

rumah tu agak usang dan barang-barang dia ada di merata rata tempat. rumah tu juga nampak seram dan air bocor sini sana. tapi aku tak leh nak buat apa apa sebab buat sementara ni masih belum dapat tempat tinggal yang lain sedangkan aku dah terdesak untuk ada tempat tinggal. lebih lebih lagi rumah tu tidak perlu bayar deposit.

semalam mak dan adik datang tolong aku membersihkan rumah. mujur diorang ada kalau tak, ntah berapa lama baru aku dapat siap kemas bilik aku sendiri. diorang dah banyak menolong, terutamanya mak aku. aku betul betul terharu.

2 staf lagi akan pindah masuk rumah tu. harap harap diorang akan pindah masuk hari ni sebab rumah tu agak seram untuk ku duduk sorang sorang. apapun, kita wait and see...

Wednesday, April 1, 2009

hari pertama di syarikat baru

hari ni merupakan hari pertama aku kerja di kelana jaya. rasa pelik dan rasa takut sebab sekarang berada di satu tempat yang totally asing kepada saya. lepas dah lapor diri di syarikat baru ni, aku asyik berbisik dalam hati, "adakah syarikat ni selamat untuk aku bekerja sini." dah lah bos dia pakai selamber je...pakai jeans je...huhuhu...aku dah mula risau...apapun aku akan terus cari kerja lain kerana bukan di sini tempat untuk aku duduk lama. tempat aku adalah di kota bharu, teringin sangat nak balik ke situ.

adakah aku menanam sikap prejudis terhadap syarikat ini. aku tidak tahu. staf sini baik baik belaka dan sesetengah agak friendly, terutamanya kak maznah. aku masih belum dapat bilik sewa. aku sangat risau...aku dah call ajis, kawan masa universiti yang sekarang duduk di usj. aku harap dapat cari bilik sewa di situ, atau dapat sewa bilik di kawasan berhampiran.

banyak masalah dan cabaran yang menimpa aku sekali gus membuat aku rasa diriku ini lemah. tapi aku tau aku tak boleh jadi lemah sekarang kerana aku tak nak kecewakan abah yang menaruh harapan yang tinggi kat aku dan aku tak boleh tunjuk dekat bos aku ni yang aku lemah di mana aku telah diberi jawatan assistant manager, satu beban dan tanggungjawab yang sangat besar. aku berdoa agar aku dapat memenangi tugas dan tanggungjawab yang diberi.

Thursday, March 26, 2009

Selamat Tinggal Kota Bharu

hari ini merupakan hari kedua aku berada di kampungku, negeri sembilan. segala galanya yang berlaku di kota bharu telah menjadi kenangan yang bakal kutangisi bila dikenang.

berulang kali aku bertanya kepada diriku sendiri bahawa kenapa aku membiarkan perkara ini berlaku? bukankah aku ingin duduk di kota bharu buat selama lamanya? aku bodoh. aku tak guna. lantas hari di mana aku terpaksa meninggalkan kota bharu telah pun tiba. aku tidak berupaya melawan nasibku ini. yang ada padaku sekarang adalah penyesalan demi penyesalan yang tiada penghujungnya.

abah, fan sangat sangat rindu abah. fan ingin sangat nak balik ke kota bharu, ke tempat abah tinggal. fan tak sanggup nak menanggung perasaan rindu ini lagi. fan tau semua tu berlaku kerana fan tidak mendengar nasihat abah. fan tak guna. fan bukan saja buat diri fan sedih malah fan juga buat abah sedih.

abah, cuma abah saja tempat fan mengadu. cuma abah saja tempat fan bermanja. dan cuma abah saja tempat untuk fan mengharapkan kasih sayang. kasih sayang abah yang tak mampu fan balas. namun, berkali kali fan kecewakan abah dan buat abah sedih.

ya allah, kembalikan aku ke kota bharu. aku merayumu. aku berjanji akan buat yang terbaik di situ.