Wednesday, April 1, 2009

hari pertama di syarikat baru

hari ni merupakan hari pertama aku kerja di kelana jaya. rasa pelik dan rasa takut sebab sekarang berada di satu tempat yang totally asing kepada saya. lepas dah lapor diri di syarikat baru ni, aku asyik berbisik dalam hati, "adakah syarikat ni selamat untuk aku bekerja sini." dah lah bos dia pakai selamber je...pakai jeans je...huhuhu...aku dah mula risau...apapun aku akan terus cari kerja lain kerana bukan di sini tempat untuk aku duduk lama. tempat aku adalah di kota bharu, teringin sangat nak balik ke situ.

adakah aku menanam sikap prejudis terhadap syarikat ini. aku tidak tahu. staf sini baik baik belaka dan sesetengah agak friendly, terutamanya kak maznah. aku masih belum dapat bilik sewa. aku sangat risau...aku dah call ajis, kawan masa universiti yang sekarang duduk di usj. aku harap dapat cari bilik sewa di situ, atau dapat sewa bilik di kawasan berhampiran.

banyak masalah dan cabaran yang menimpa aku sekali gus membuat aku rasa diriku ini lemah. tapi aku tau aku tak boleh jadi lemah sekarang kerana aku tak nak kecewakan abah yang menaruh harapan yang tinggi kat aku dan aku tak boleh tunjuk dekat bos aku ni yang aku lemah di mana aku telah diberi jawatan assistant manager, satu beban dan tanggungjawab yang sangat besar. aku berdoa agar aku dapat memenangi tugas dan tanggungjawab yang diberi.

No comments: