dalam masa yang sama, hatiku sangat rindu kepada abah. tapi aku tahu aku kena bersabar kerana jumaat ni kita akan jumpa. aku harap kita akan ada masa yang panjang untuk bersama. dan ku bilang setiap detik yang tinggal untuk ku berjumpa dengan abah.
Tuesday, April 7, 2009
selamat!!!
semalam masa tidur di rumah sewa tu, alhamdulillah semuanya selamat. tak ada apa apa yang berlaku. aku harap akan selamat duduk di situ untuk hari hari yang berikut. sekarang masalah yang tinggal adalah bagaimana nak bersihkan rumah tu. banyak lagi yang kena kemas walaupun bilikku dah kemas. apapun, aku harap kitorang dapat membersihkan rumah tu secepat mungkin dan mewujudkan satu suasana yang selesa untuk menduduki.
Monday, April 6, 2009
rumah!!!
akhirnya aku telah dapat tempat tinggal. bos tempat keje telah memberi sewa rumah dia dengan harga RM 500 daripada RM 1000 yang sepatutnya. katanya, company subsidi 50%.
rumah tu agak usang dan barang-barang dia ada di merata rata tempat. rumah tu juga nampak seram dan air bocor sini sana. tapi aku tak leh nak buat apa apa sebab buat sementara ni masih belum dapat tempat tinggal yang lain sedangkan aku dah terdesak untuk ada tempat tinggal. lebih lebih lagi rumah tu tidak perlu bayar deposit.
semalam mak dan adik datang tolong aku membersihkan rumah. mujur diorang ada kalau tak, ntah berapa lama baru aku dapat siap kemas bilik aku sendiri. diorang dah banyak menolong, terutamanya mak aku. aku betul betul terharu.
2 staf lagi akan pindah masuk rumah tu. harap harap diorang akan pindah masuk hari ni sebab rumah tu agak seram untuk ku duduk sorang sorang. apapun, kita wait and see...
Wednesday, April 1, 2009
hari pertama di syarikat baru
hari ni merupakan hari pertama aku kerja di kelana jaya. rasa pelik dan rasa takut sebab sekarang berada di satu tempat yang totally asing kepada saya. lepas dah lapor diri di syarikat baru ni, aku asyik berbisik dalam hati, "adakah syarikat ni selamat untuk aku bekerja sini." dah lah bos dia pakai selamber je...pakai jeans je...huhuhu...aku dah mula risau...apapun aku akan terus cari kerja lain kerana bukan di sini tempat untuk aku duduk lama. tempat aku adalah di kota bharu, teringin sangat nak balik ke situ.
adakah aku menanam sikap prejudis terhadap syarikat ini. aku tidak tahu. staf sini baik baik belaka dan sesetengah agak friendly, terutamanya kak maznah. aku masih belum dapat bilik sewa. aku sangat risau...aku dah call ajis, kawan masa universiti yang sekarang duduk di usj. aku harap dapat cari bilik sewa di situ, atau dapat sewa bilik di kawasan berhampiran.
banyak masalah dan cabaran yang menimpa aku sekali gus membuat aku rasa diriku ini lemah. tapi aku tau aku tak boleh jadi lemah sekarang kerana aku tak nak kecewakan abah yang menaruh harapan yang tinggi kat aku dan aku tak boleh tunjuk dekat bos aku ni yang aku lemah di mana aku telah diberi jawatan assistant manager, satu beban dan tanggungjawab yang sangat besar. aku berdoa agar aku dapat memenangi tugas dan tanggungjawab yang diberi.

Subscribe to:
Posts (Atom)