Saturday, December 22, 2007

jika...

dalam seumur hidup seseorang insan, berapa "jika" yang telah diucapkan di tepi bibirnya, berapa "jika" yang terlintas dalam fikirannya...dan berapa "jika" yang telah menjadi kenyataan.

adakah manusia terlalu lemah dan hanya mampu untuk bergantung kepada "jika" dan mengharapkan "jika" untuk menolongnya. apa daya kita untuk mengubah sesuatu yang kita cuma mampu dengan mengatakan "jika".

adakah hidup ini yang menguasai kita atau di sebaliknya? adakah semuanya sudah ditakdirkan? tidak adakah sedikit kuasa pada diri ini untuk mengubah apa yang dipanggil "takdir" itu?

jika...jika...jika...

jika...ku ingin memegang tangan mu sambil berjalan di tepi pantai...sambil mendengar pukulan ombak yang begitu tenang...bersandar di atas pantai memerhatikan langit yang membiru...

jika...ku ingin pergi ke atas bukit bersamamu dalam pangkuanku...membilang bintang dalam langit gelap...satu persatu dibilang...sehingga mu tertidur dalam pelukan ku...lantas...ku kucup bibir dan dahi mu...mencurahkan kasih sayang ku pada mu, kasih sayang yang tak ada batas dan penghujung...

jika...ku ingin berumahtangga dengan mu...membina satu keluarga yang bahagia yang selama ini kita sama-sama idamkan...

jika...ku ingin bersama mu selama-lamanya...saling membimbing di kala waktu senja...

jika...semua itu terlalu indah...tetapi ku cuma mampu ber"jika" kerana ku adalah seorang manusia yang lemah...yang makin tak kenal apa itu "harapan"...kerana masa telah mencuri "harapan" daripadaku dan memberi ku "kecewa" sebagai balasan...

suara mu kian pudar dari ingatanku...ku makin tak mampu untuk memiliki mu lagi...

bahasa inggeris...bahasa yang kian kulupai...

semalam pok cik call citibank sebab nak tau status permohonan kad kredit. dah banyak kali dah cuba call citibank sejak beberapa hari yang lalu tapi tak berjaya, alhamdulillah berjaya juga semalam.

masa pilihan IVR tu, pok cik dah pilih bahasa melayu, tapi masa disambung ke staf dia, alamak, cakap bahasa inggeris plak. pok cik apa lagi, o a o a...cakap bahasa inggeris macam cakap bahasa melayu...tapi oklah, sampai juga apa yang pok cik nak sampaikan kepada staf itu. status permohonan masih pending, takpe pok cik tunggu lagi.

pok cik sungguh tak sangka, akhirnya pok cik jadi seorang yang tak pandai berbahasa inggeris...hmm...ntah sedih atau gembira...apa pun, pok cik telah mengkotakan janji yang pok cik buat ke atas diri sendiri...janji di mana pok cik tak akan guna bahasa inggeris melainkan pada masa yang terpaksa, dan pok cik tidak akan menagung-agungkan bahasa inggeris lagi...akhirnya, janji ini telah dikota dan hasil daripada janji ini, terhasil seorang yang tak pandai berbahasa inggeris...

hmm...masa berlalu dengan pantas...ia berlalu begitu saja tanpa sebarang belas kasihan...adakah pok cik gembira dengan "kejayaan" ini? memikirkan pok cik pada suatu masa dahulu merupakan seorang yang begitu pandai berbahasa inggeris, begitu hebat dalam bahasa inggeris...namun kini semua itu telah menjadi satu lagi helaian diari pok cik yang kian pudar dari ingatan...

adakah pok cik gembira dengan semua yang pok cik dah buat? adakah ia berbaloi? makin dicari jawapnnya, makin jadi kelirunya diri ini...

Tuesday, November 27, 2007

adakah...

adakah pok cik tidak erti menyayangi orang lain dan sebab tu tak ada orang sayang pada pok cik. barangkali...pok cik tertanya-tanya, ada sesiapa yang sayang pada pok cik? ada sesiapa yang sudi sayang pada orang yang tidak erti menyayangi orang lain...

adakah dua orang patut terus bersama kalau dua insan ini terus terseksa kerana berbeza dalam cara berfikir, pendapat, nilai hidup, walaupun dua insan ni sangat saling sayang-menyayangi.

apa maknanya kalau kasih sayang yang diberikan yang difikirkan terbaik buat seorang lagi tu menjadi satu beban kepada si dia dan melukakan hati dia...adakah ia terjadi kerana tidak berfikir dalam pihak seorang lagi? ataupun orang ni tak erti nak sayang orang lain...

nilai kewujudan

pada saat ini, pok cik tertanya-tanya adakah nilai kewujudan seseorang itu bergantung pada tahap bagaimana seseorang itu diperlukan oleh orang lain. kalau ya, adakah pok cik sendiri mempunyai nilai untuk wujud dalam dunia ini, ataupun pok cik cuma menambahkan bilangan yang menjadi beban kepada dunia ini.

"adakah saya diperlukan?" soalan itu asyik bermain dalam kepala pok cik...tiada maknanya untuk terus hidup atas dunia yang zalim ni sekiranya diri ini tidak diperlukan oleh sesiapa...adakah diri ini teruk? satu soalan yang pok cik inginkan jawapan..."adakah diri ni sangat mementingkan diri? satu lagi soalan yang pok cik tertanya-tanya...

tak tau sebab apa, mungkin sebab hati ni dah cukup letih, diri ni juga berharap ada orang yang memerlukan pok cik...biar diri ni mempunyai nilainya untuk terus wujud dalam dunia ni...

Monday, November 26, 2007

gambar pok cik masa kecil

lama dah tak post kat blog ni...bulan 11 ni satu pun takde lagi...untuk kali ni, pok cik nak tunjukkan gambar pok cik masa kecik...cute tak...

cute tak? hehehe...suruh putera tengok pic ni...



cute kan? dengan bantal peluk tu? bantal faverit pok cik. rasa rasanya ada lagi kat umah



duduk atas keter ayah rasanya...



sedapnya makan ais krim. budak kecil sebelah pok cik tu sepupu pok cik, tua setahun daripada pok cik. lelaki dewasa tu atuk sebelah mak



bergaya dengan handheld "game boy" masa tu. nampak tak keter warna biru tu, tu pok cik punya



bestnya katil besar ni...

Wednesday, October 24, 2007

pompuan samseng...

pok cik geram betul pagi ni...apa nak jadi dengan pompuan zaman sekarang...bawa keter punya lah samseng...

pagi ni masa on the way gi ofis, masa pok cik lalu dekat satu junction, ada satu keter tu selambe je kuar dari junction nak melintas ke junction satu lagi dengan melintas jalan besar. masa tu dah lah pok cik bawa laju...

cis...ingat nak langgar dia...buat dirk je dia...

Sunday, October 21, 2007

pembetulan sikit...

ehemmm...pok cik nak buat pembetulan sikit ye...

yang pok cik goreng tu cucur ikan bilis, bukan cucur udang...hehehe...

apa pun cucur juga...

Saturday, October 20, 2007

goreng cucur udang

semalam pok cik goreng cucur udang...malas nak cakap banyak-banyak...tengok la gambar-gambar...sedap kan? nak? sorry la...dah habis...hahaha...




tengok la warna cucur udang tu...best kan...dah expert dah pok cik nak masak...




mayonis untuk cecah cucur...air ribena...hehehe...peveret...




kuali pok cik guna...camner? bersihkan dapur pok cik? mangkuk tu yang diguna untuk isi adunan cucur...

Tuesday, October 16, 2007

masak lagi???!!!

semalam pok cik masak lagi la...masak carrot dan popcorn chicken lagi sebab nak habiskan yang pok cik beli, takut nanti rosak sebab takde peti sejuk.

kali ni plak semuanya jadi lebih baik...aritu pok cik ambil masa berjam-jam untuk prepare dan masak, semalam pok cik siap dalam masa sejam, dari masak nasi hingga ke masak lauk...bagusla...hehehe...ada kemajuan...cuma satu je...carrot tu rasa masin sangat...mungkin masuk banyak sangat garam. nampaknya pok cik belum boleh menganggar jumlah garam yang perlu dimasukkan dalam masakan...takpe...lambat-laun pok cik akan jadi mahir juga.

Monday, October 15, 2007

masak???!!!

semalam pok cik masak carrot, masak popcorn chicken...sedap tau...hehehe...cuba tengok gambar...



hehehe...kalo perhati betul2...carrot tu cam ada benda2 hitam...apa lagi...tu bawang putih yg hangus...maklum lah baru nak belajar memasak kan...pok cik masuk je bawang putih dalam kuali...pastu dia terus jadi hangus...rasanya masa tu kuali dah terlalu panas...huhuhuh...takpe takpe...ambil sebagai pengalaman...lain kali akan buat lebih baik lagi...
macam mana pun, secara keseluruhannya ok lah...sedap gak makan...

Sunday, October 14, 2007

memasak...akhirnya...

ni pok cik nak umumkan ni...dengan rasminya, pok cik dah mula memasak sejak semalam...biar pun masak ikan sardin dalam tin...hehehe...sedapnya makan nasi masak sendiri...


semestinya ayam brand...

Friday, October 12, 2007

Hari Raya Aidilfitri

pok cik ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua dan mohon maaf sekiranya tersalah dalam kata2 pok cik, tersalah dalam tindakan pok cik...tersalah dalam...

esok dah raya...bestnya...kita enjoy...

hari ni penat mengemaskan umah...dari pagi sampai petang...tak siap lagi...nanti nak sambung...maklum lah...setahun baru sekali...sekali mengemas umah...hehehe

satu lagi...arini kira pok cik akan mula memasak secara rasmi nya...kekeke...pasni nak gi beli barang dapur...pastu nak try masak...

oklah...semuga semua sihat dan gembira dalam bulan yang mulia ini...

Monday, October 8, 2007

hari ini dalam sejarah...

hari ini dalam sejarah...begitulah tajuk pok cik utk hari ni...ni cakapnya...pok cik ni nape ni ye...kepala pikir apa benda...sedih seh...

pok cik tertinggal kunci keter dalam keter dan yg bestnya pok cik dah lock keter...camner ni...pok cik dah call ayah pok cik untuk cari kunci spare...hmm...

tak pernah camni pun...pok cik oh pok cik...apa yg engkau pikir...

Thursday, October 4, 2007

shopping punya pasal...

  dua hari yang lepas, pok cik gi buka puasa sama2 ngan pembantu pok cik dan sorang member dia kat kb mall. mula2 tu rasa tak nak gi join diorang sebab nanti diorang nak gi shopping, boring la pok cik kalo ikut dua orang pompuan shopping...tapi pikir punya pikir, takpe la...gi je sebab rasa boring buka puasa sorang2 lagipun pok cik lom beli baju raya...hehehe...

  pok cik sampai di sana dalam kol 6.30...round2 sekejap pastu kitorang terus gi food court kat tingkat atas...sini takde la makanan yg best2...biasa je...tengok la apa yg pok cik orda...


  hehehe...jangan renung lama2...nanti batal puasa demo...

  pas dah makan tu gi round2 dulu sebelum sembahayang mahgrib...pok cik ingatkan nak duduk nak berehat...pembantu pok cik tu punya semangat, nak gi round2 katanya. dah la dia tu shopping sejak tadi lagi...tak puas2 lagi...hehehe...tu la dikatakan pompuan...jadi, pok cik pun terpaksa la ikut...

  kitorang gi kedai demi kedai...memang hebatla dua orang ni...tapi banyak kedai pok cik tak masuk...maklumlah kedai jual barang wanita...seganla...hehehe..."aktiviti" shopping-menyopping ni habis dlm kol 9. pok cik end up dengan tak beli apa-apa selain sebotol air mineral...hahaha...diorang je yg beli...

  ingat nak balik dah...pastu kawan sorang lagi tu cadangkan kita gi pasar borong wakaf che yeh...oklah...pok cik ikut diorang gi situ...lagipun pok cik lom beli apa2 lagi. 

  situ memang ramai orang...nak cari tempat parking pun susah...kena parking keter jauh2...tapi diorang berdua tu asyik bernasib baik je...dah la sampai lewat daripada pok cik, dapat pula tempat yg dekat2 utk parking...seh...

  lepas dah parking keter...semua tu...kita pun apa lagi...shopping la...

  pok cik tak ingat dah apa yg dua orang tu beli...pok cik sendiri...adalah...beli baju melayu...sampin...kira okalah...sekurang2nya tak balik ngan tangan kosong...pok cik ada lah nak beli satu jam jenis...em...jenis apa ye...jenis yang gantung2 kat baju...tapi tak jadi beli sebab rantai dia pendek sangat...pok cik suka jam jenis loket, jam jenis tu la...tak suka jam tangan...nak kata pok cik ni agak kuno jugak citarasa...suka barang2 lama...orang kata ni la tanda2 orang yg romantik...perasan ler...

  at last, kitorang balik dlm kol 11 malam...masa tu memang penat giler...kaki rasa lenguh...badan rasa letih...so apa lagi...kita pun balik...kalo larat lagi tu nak gi makan supper...tapi memang tak leh dah...penat yo...

  cakap pasal makan ni...berkali2 dah pok cik ajak pembantu untuk gi makan kat satu kedai di pasir tumbuh, makan "yong tau fu"...makanan ni asalnya makanan orang cina...tapi telah dimelayukan dan memang sedap...sedap...dan sedap...hehehe...bila la dia nak pergi...

  rasa2 belum cukup lagi barang yg nak dibeli utk raya kali ni...nanti pok cik sambung ye...nak gi beli2 la pasni...

Monday, October 1, 2007

hari raya bakal menjelang...

hari raya bakal menjelang...korang dah buat persediaan ke? pok cik rasa ramai yang dah prepare, hehehe...dalam bulan puasa yang mulia ini, ramai yang sibuk dengan persediaan raya bukan sibuk dengan ibadah...hehehe...

pok cik plak belum buat apa-apa persediaan lagi untuk hari raya...baju raya tak beli lagi ni...hmm...ingat nak gi beli hari ni dgn pembantu pok cik. ari sabtu baru ni dah gi dah tapi tak ada yg berkenan...tapi tak apa...kalau tak beli pun...sebab pok cik masih sebatang kara...tak perlu la bercantik-cantik, bersmart-smart...nak tunjuk sape kan...hehehe...nanti jadi perasan plak...

ni nak citer sikit pasal insentif hari raya yg koperasi janji nak bayar kat staf...kesian la pok cik tengok diorang ni...dah la sikit ja insentif tu, pastu bayar lambat pulak...7 bulan 10 baru nak bayar...pok cik takde la rasa sangat benda tu...dok bujang kan...tapi diorng yg dah berkeluarga tu "berat" sikit la...tak tau mana nak cari duit untuk beli barang-barang, beli baju raya...kesian...kesian...

ntah la apa nak jadi dgn koperasi ni...langsung tak erti nak jaga hati staf...nanti semua pakat boikot baru tau...kita semua dok harap kat lembaga baru agar diorang dapat membawa pembaharuan ke arah positif...ni tidak...rasa lembaga baru ni lagi teruk daripada yang dulu, kita sebagai staf ni asyik kena tindas saja...

anyway...pok cik ucapkan selamat menyambut hari raya bagi semua ye...jangan lupa untuk jemput pok cik ke rumah deh...kesian la pok cik dok umah sorang-sorang...

Monday, September 17, 2007

sahur oh sahur...

ceng..ceng...ceng...

pagi ni pok cik tak sahur...sedih lah...sebabnya...hehehe...seganlah pok cik nak bagitau...pok cik tak leh bangun pagi ni untuk sahur...sebab semalam balik lewat dari ofis kot...

sekarang terasa letih dan exhausted...beza ketara kalau sahur dan tak sahur. kalau sahur, rasa segar dan bertenaga, ni pok cik rasa tangan-tangan dan kaki-kaki pok cik ni cam lembik je...

tapi pok cik pelik la, dah set tiga alarm untuk bangun sahur, tapi satu pun tak jadi, pok cik cam tak dengar je bunyi alarm. tapi yang peliknya, kalau bunyi sms, tak kira tengah malam ke, kol 5 pagi ke, terus pok cik jaga...

macam mana pun, hari ni kena "oukkk", kata orang kelantan...yang bermaksud bertahan...

tengok makanan di bawah...pok cik nak makanlah, ada resipi dia, siapa nak tolong masak


Tuesday, September 11, 2007

mesyuarat orang dewasa ke mesyuarat budak-budak?

semalam pok cik ada mesyuarat, mesyuarat lembaga, kira mesyuarat yang serius dan penting. yang kelakarnya, boleh terjadi bendahari hampir nak bertumbuk dengan salah seorang ahli lembaga.

ni pok cik betul-betul tak faham. semuanya dah cukup dewasa...hampir semua tu 2 x umur pok cik, kira dah cukup matanglah untuk berfikir dan bertindak. ni tidak, semua cam budak-budak. pok cik rasa kelakar sangatlah. betulkah lembaga-lembaga ni boleh memimpin kita semua...sedih dah kecewa...

satu lagi yang pok cik rasa sangat kecewa...semalam pengurus kena sound abis-abis. tapi, pengerusi melindungi dia buta-buta, tak kira pengurus tu betul ke salah ke...sedih lah....kalau yang pasal orang lain, dia tak kata apa-apa pun untuk tolong, siap pijak lagi...pengerusi apa...

Monday, September 10, 2007

Konvokesyen USM

lama dah pok cik tak post kat blog ni...ni pok cik nak letak gambar-gambar hari tu masa menghadiri konvokesyen adik pok cik di usm.

mak ayah pok cik



adik pok cik yang convo



jambatan pulau pinang (masa on the way)






pok cik dengan dua orang adik



pok cik dengan adik di depan perpustakaan usm



pok cik dan keluarga



pok cik dan adik "lagi"



adik bongsu...yang manja...

Monday, August 13, 2007

Mencari Bintang Episod 2

solat hajat

hari sabtu baru ni, tempat keje pok cik buat solat hajat...tak nak banyak banyak cakap kat sini. silalah tengok gambar-gambar di bawah...ni kali pertama pok cik post gambar pok cik kat blog...hehehe...tengok la yang paling hensem tu la pok cik...












Sunday, August 5, 2007

pening...

lama dah pok cik tak tulis blog ni sebab pok cik sangat sibuk akhir-akhir ni...

pok cik rasa sangat tertekan dengan keje yang bertimbunan itu...tak abis-abis keje...akhir-akhir ini juga selalu susah nak tidur...kadangkala satu malam tu jaga banyak kali...

pok cik pening memikirkan keje...hal peribadi lagi lah...letih dan penat...

orang mungkin ingat seronok pok cik jadi ketua unit...jadi bos...tapi diorang takkan tau tekanan yang pok cik terima...bertimbun-timbun keje pok cik...tak tau nak buat camner...nanti mesyuarat kena marah lagi...hmm...

bukan senang nak jadi ketua orang...rasa penat...

Monday, July 9, 2007

buah-buahan

ehem...lama dah pok cik tak tulis blog ini...jadi nak merepek sikit arini.

sesi mencari bintang tu pok cik postpone dulu ye sebab kamera takde dgn pok cik sekarang...
nak citer sikit tentang pok cik...arini pasal buah-buahan kegemaran pok cik. pok cik tak berapa suka local fruit...pok cik lebih suka makan epal, cherry...

tengok gambar di bawah...tu antara satu dua local fruit yang pok cik suka.


jambu air

Tuesday, July 3, 2007

Mencari bintang...

tengok lah...lari dengan tutup muka dia lagi...pok cik ingat nak temuramah dia...






Wednesday, June 13, 2007

citer si gemuk lagi...

  ni pok cik nak citer lagi pasal si gemuk tu...rasa geramnya...

  semalam si gemuk tu intercom pok cik kata adalah masalah dengan e-banker. jadi, lepas abis cakap tu pok cik terus call bank islam untuk tanya tentang masalah e-banker tu. diorang kata nak check dulu nanti call balik pok cik la.

  pok cik pun tunggu. kol 5.46 petang baru bank islam call balik pok cik. diorang bagitau pok cik batch (2 transaksi hilang dalam data entry) yang ada masalah tu sudah diapprove. tapi nasib baik takde apa-apa, semua transaksi dalam batch tu ada dan berjaya disettle.

  masa tu pok cik rasa sangat geram. lepas abis cakap dengan pegawai bank islam, pok cik terus naik atas ofis nak marah kat dia. rasa geram sebab kenapa nak bagitau pok cik masalah tu? kalau dah bagitau pok cik dan pok cik kata biar pok cik check dulu, so si gemuk tu tunggu la. pandai-pandai pulak dia suruh penolong pentadbir approvekan. nasib dia baik sebab semalam masa pok cik naik tu, dia dah balik....kalau tak...terima lah @#$%^ daripada pok cik...

  lain kali buat sendiri lah...fed up sungguh keje sini...

Saturday, June 9, 2007

sarapan...

arini pembantu pok cik tu lewat, ntah la dia buat apa tu...kata dia bas lewat...hehehe...bas lewat ke dia gi dating dgn cik abe dia...hehehe...

selalunya dia yang belikan nasi untuk sarapan, jadi arini pok cik pula kena beli...mujur tak lewat...dah la pok cik kol 8.30 baru kuar dari rumah...ingat tak sempat dah...

nak citer sikit pasal "cari makan" di kawasan ofis pok cik. kawasan ni kawasan orang cina, tempat ni siap diberi nama "china town" oleh orang tempatan. jadi, bayangkan kebanyakan orang di kawasan ni adalah orang cina, pastu kedai-kedai makan pun kedai-kedai cina yang tak halal. sampai masa nak makan, selalunya tak tau nak makan kat mana sebab tak banyak pilihan untuk kita yang muslim kat sini. kalau nak drive gi tempat lain pulak, time lunch mesti jalan jam. sebabnya orang sini tak suka makan roti kot...hehehe...gurau je...sebabnya jalan raya sini tidak dirancang dengan teratur, dah lah keter banyak...hmm...boleh tahan jugak jam sini...cam kl...

jadi, harapan kita semua...bukalah banyak banyak kedai makan muslim kat sini...

Wednesday, June 6, 2007

lelaki misteri

tadi masa lunch, pok cik gi makan kat "mahligai cafe" ngan pembantu pok cik. masa on the way balik ke ofis (kita jalan kaki je la, malas nak bawa keter), pok cik terserempak ngan seorang "lelaki misteri"...lelaki tu...pok cik rasa umur dia dalam late 40s atau early 50s.

jadi apa yg misteri sangat tentang lelaki ni. pok cik sendiri pun tak pasti, rasa cam misteri je orang tu. kali pertama pok cik tengok dia kat kedai makan sebelah hong leong bank. masa tu kalau lihat dari segi pemakaian, muka yang bersih, dan ... rasa ni mesti orang senang...kalau tidak pun mesti orang keje kat ofis...keje senang-lenang...

tapi, kali kedua pok cik terserempak ngan dia, pok cik tengok dia dah jadi lain. jadi tidak terurus pemakaiannya dan nampak "lebih tua" daripada kali pertama pok cik nampak dia. lepas tu jumpa dia lagi...dalam 2-3 kali. hari ni plak jumpa sekali lagi...kali ni, dia jelas nampak "lebih tua" dan lebih tidak terurus.

pok cik tak tau la nape rasa "minat" nak tau pasal orang tu. rasa ok gak sekurang-kurangnya tanya dia dok mana...rasa cam orang luar je...oh ye...satu lagi...setiap kali pok cik terjumpa ngan dia, dia mesti bawa satu beg...

hehehe...takpelah...lain kali jumpa tu mungkin tanya kot...

balik kampung...

pagi ni pok cik baru balik semula dari kampung...balik kampung 31 Mei. Kira cuti panjang...rasa ngantuk dan letih tapi kena tunggu balik keje baru leh rehat.

masa cuti kat kampung selama 6 hari, pok cik tak gi mana-mana, dok umah je...sebab nak rehat, nak main game, nak tengok tv saja...hehehe...

rasa kejap saja cuti...hari ni dah kena balik semula ke keje...pagi-pagi lagi ada sesi penggambaran staf...pok cik terlepas sesi penggambaran tu sebab tidak diberitahu awal-awal, masa diorang tengah ambil gambar, pok cik pula ada kat rumah sebab balik rumah ambil kereta. takpelah...ntah sampai bile baru diorang nak ubah budaya ini - budaya di mana kalau ada apa-apa langsung tak inform...senyap je semua...

dah banyak kali dah pok cik bangkitkan perkara ni dalam mesyuarat, tapi masih serupa gak...pok cik dah rasa fed up dah nak sebut lagi perkara tu...

Tuesday, May 29, 2007

salah bantal ???

semalam masa pok cik bangun dari tidur, bahagian leher pok cik rasa sangat sakit, kalau paling ke kiri terasa sakit sangat.


orang melayu kata, ni sebab "salah bantal". Staf sini siap bagi cara "tradisional" untuk mengubatinya. Katanya kena pusing-pusing bantal tu, pastu bawa gi jemur...



masalahnya, pok cik tidak tidur atas bantal. pok cik ni pelik sikit. pok cik tidur atas kain pelikat. pok cik lipatkan tiga helai kain pelikat supaya dia jadi tebal dan cukup tinggi untuk jadikan "bantal tiruan" pok cik. hehehe...maklumlah pok cik ni peminat kain pelikat.

jadi camner nak ye? sakit ni...pok cik minta pembantu pok cik tu gi belikan salonpas, lekat kat leher...tapi rasa cam takde kesan pun...hmm...


kesian pok cik...nampaknya malam ni pun tak leh tidur gak. semalam susah nak tidur sebab sakit tu la...



Friday, May 25, 2007

neGaTif !!!

ari ni pagi pagi lagi pok cik dah gi kat atm nak cucuk duit sebab gaji masuk arini...lepas dah tekan tekan nak check balance...terkejut...neGatif!!!



dia tunjuk balance dalam akaun bank pok cik - 256.36 serius gile la...dah la akaun bank ni saving akaun je, bukan current akaun...jadi camner balance tu leh jadi neGaTif!!! Ingatkan nak ambil duit awal pagi ni untuk gi bayar bil talipon kat kiosk...hampeh...



pastu...pok cik pun terus ke ofis...nak check kat internet banking plak...hmm...serupa je...nah tengok la gambar kat bawah...








pastu pok cik pun call bank islam tanya naper jadi gitu...rupa rupanya ada problem dengan sistem diorang la...pastu dah jadi baik...duit pun dah ambil...hehehe

Thursday, May 24, 2007

citer si gemuk

ni pok cik nak lepas geram kat sini...

citer ni bukan rekaan semata-mata...memang ada kena ngena ngan yang hidup dan yang mati...

kat tempat keje pok cik ni adalah sorang staf yang pok cik sangat sangat tak suka...wanita gemuk yang menyampah...pok cik namakan dia si gemuk la...senang nak citer nanti...

ok...citernya begini...masa mula mula pok cik keje kat sini, pok cik takde la rasa tak suka kat si gemuk tu...nampak ok je dan rajin buat keje (rajin yang over over), tapi kini semuanya dah berubah...

pok cik keje kat koperasi, disebabkan kes penyelewangan, ahli lembaga semua kena gugur, sekarang diganti oleh sorang pentadbir dan dua orang penolong pentadbir...semuanya bermula di sini...si gemuk tu dah mula tunjuk belang dia...omputih kata true color...

daripada sorang eksekutif kewangan kini dah jadi bos koperasi...semua dia nak ambil tau...dia selalu kata pada pok cik dia sebenarnya tak nak ambil kisah hal koperasi selain akaun saja...tapi pok cik tengokkan dia nak control semua, sampai unit pok cik pun dia nak control. unit pok cik langsung takde kene ngena ngan dia tapi dia nak juga campur tangan...makin hari makin dia lupa diri...

kadangkala, pok cik sampai nak keluarkan f@@k you, bitch kat si gemuk tu sebab dah terlalu marah kat dia...punya menyampah...satu lagi yang pok cik sangat tak faham...macam mana dia leh yakinkan pentadbir untuk bagi dia control koperasi ni habis habis...jampi apa yang si gemuk tu guna...

pok cik sangat tak puas hati ngan pentadbir dan penolong penolongnya...pentadbir yang cukup tak guna...apa apa hal, apa apa keputusan mesti tanya si gemuk tu...tak leh ke dia buat keputusan sendiri...apa yang si gemuk tu tau...dia masuk keje sini 3 bulan lebih awal daripada pok cik saja...pengurus kan ada...naper pentadbir tak rujuk kepada pengurus yang dah bertahun tahun keje di koperasi...

kita semua diberitahu bahawa pentadbir ambil alih koperasi ni sebab nak perbetulkan koperasi...tapi apa yang pok cik nampak, makin hari makin kucar-kacir jadinya koperasi ni...business kedai kedai cam nak mampus...tambah tambah lagi si gemuk tu plak buat hal...koperasi ni cuma tunggu masa dia untuk gulung tikar...

satu lagi nak citer...adalah sorang penolong pentadbir tu hampir tiap tiap malam ada di koperasi...pok cik ingatkan bagus la dia...rajin buat keje...rupa rupanya...datang malam tu bukanlah buat keje sangat, datang surf internet...tu pun takpe lagi...yang paling ngecewakan komputer yang dia guna tu penuh ngan video lucah, gambar lucah, citer-citer lucah dalam bentuk penulisan...serius sedih pok cik...naper la dia buat camtu...bini dah tiga tak cukup lagi ke...sampai recycle bin dia pun penuh ngan benda benda tu...

apa nak jadi ngan koperasi ni...rasa tidak terjamin masa depan pok cik kat sini, dah lah tak confirm confirm lagi jawatan pok cik walaupun dah setahun lebih keje kat sini...tahun lepas lagi pentadbir kata nak selesaikan hal tu...sekarang dah hampir setahun tu...habuk pun takde...apa la pentadbir...langsung tak leh buat keje...tapi cakap pandai...sekali dia cakap...berderet deret teks ucapan dia...bebel bebel tak abis...

hmm...sampai sini dulu la...nanti citer lagi pasal si gemuk tu...balasan bakal menunggu si gemuk tu...

kisah rambut dan tandas...

semalam pok cik gi "bojeng", tu bahasa kelantan, maksudnya gi potong rambut...no. 2 hehehe...kira agak pendek la...jadi mungkin ada yang nak tengok gambar pok cik...nak tau pok cik ni macam mana rupanya...hehehe...sabar la ye...nanti pok cik letak gambar pok cik dalam blog ni...tapi rasa takut gak nak letak gambar....maklumlah pok cik ni hensem, macho dan bergaya...takut nanti jatuh cinta ngan pok cik kang susah jadinya...

satu lagi nak citer nya...semalam akhirnya...hehehe...akhirnya pok cik dah sanggup gi cuci tandas yang serius kotor tu...penat oi...berpeluh-peluh...tangan rasa sakit sebab pegang berus kuat sangat...tapi berbaloi gak sebab sekarang tandas tu nampak cam baru...rasa best je duk dalam tandas...hmm...pok cik nak lafazkan respect pada suri-suri rumahtangga...penat bukan main buat kerja rumah...

Tuesday, May 22, 2007

perempuan zaman sekarang...

hmm...ni pok cik nak citer sikit...

peristiwa ni berlaku pagi ni masa pok cik on the way ke ofis...

pagi yang ceria ni, pok cik drive la keter iswara pok cik tu gi ofis kat jalan kebun sultan cam biasa...dekat dekat nak sampai jalan depan new pacific hotel, nampaklah ada sebuah keter kancil warna merah kat lane sebelah pok cik...keter tu dok belakang sikit daripada keter pok cik...

kalo tengok keter tu...tuan dia hias dengan patung la, gantung dua bantal kecil bentuk heart lagi...pastu tengok tuan dia, pakai baju kurung, bertudung, nampak alim dan lawa gak la...ingatkan baik...

tetiba...dia nak elak motor-motor sebelah kiri dia...boleh je dia selambe "makan" jalan kita sambil himpit pok cik...pastu buat dirk je dia tu...gi laju bukan main...pastu bawa keter cam samseng...main selit-selit lagi...

pok cik ingat lelaki je buat camtu...rupa-rupanya perempuan zaman sekarang pun brutal gak, ganas bukan main...hehehe...

so...the moral of the story...don't judge the book by its cover...kalo nak cakap dalam bm camner ye? sebabnya pok cik ni banyak habiskan masa kat london...so tak pandai la bm bm ni...hehehe...

Monday, May 21, 2007

lunch...semalam

semalam pok cik gi makan kat "mahligai cafe" lagi ngan pembantu pok cik...

ni saja nak tunjuk gambar-gambar...tengok la...mee tu sedap gak...cuma yang kurengnya masin sangat...cam garam ni leh dapat free...





Sunday, May 20, 2007

makan lunch dengan abah

tadi ingat nak mula buat keje dah...tapi pok cik nak tulis lagi ni...nak citer sikit pasal semalam...

semalam promosi yang abah buat kat billion tu tak dapat sambutan pun...tak dapat nak buat satu sale pun...sedih tapi takleh nak buat apa...pastu kita buat keputusan berhenti promosi kat situ...nak tumpu perhatian pada pembukaan kedai...hehehe...

nak sambung citer semalam yang pok cik kata sedih tu...lunch time semalam pok cik ajak abah gi makan...masa tu kebetulan abah call...jadi pok cik pun ajak terus la...yang asalnye memang plan tak nak kuar makan dah...

kita gi makan kat nasi kak wok dekat ptpl...pastu gi round round naik keter pok cik...pastu masa tgh round round tu abah pun tanya pok cik pasal kes pagi semalam...pok cik ingat abah tak perasaan pok cik terasa dengan kes tu...rupa-rupanya abah perasaan...pastu abah pun pujuk la pok cik...hehehe...bestnya...

malam plak lepas abis keje promosi tu...kita (bertiga la, ada staf seorang) gi makan chicken chop...hehehe...bestnya...

begitu la...semalam...

pok cik nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada abah...sayang abah...

pagi yang kelam kabut

pagi ni pok cik tension sikit dan kelam kabut...sebabnya...komputer yang pok cik guna tu buat hal...dah la pok cik nak buat keje tak leh...pastu orang tnb plak datang kacau...

hmm...sekarang ni dah kol 10.54 pagi...baru boleh buat keje...dah settle problem komputer pok cik ni...

tadi plan nak gi pasaraya kok lanas (outstation)...tapi pikir-pikir...gi esok la...nak gi setting komputer situ dan buat wireless network...tapi plug pun belum ada lagi...ish ish ish...apa nak jadi ni....tension saja...last last pok cik juga yang kena marah sebab lambat siap bahagian pok cik...

hmm...(mengeluh)...hmm...hmm...

takpe la...camtu la koperasi (tempat keje pok cik ni)...tak tau apa nak jadi...rasa fed up keje sini...

Saturday, May 19, 2007

pagi yang menyedihkan

pagi yang menyedihkan...tiga perkataan untuk buat kesimpulan bagi pagi ni...

pok cik belum sempat buat apa apa lagi ni walaupun dah lama sampai di ofis...rasa blue...

semalam pok cik gi tolong abah buat promosi kat billion buat hari pertama, sambutannya tidak menggalakkan...sedih...tapi pok cik tak putus asa...hari ni lepas kerja nak gi lagi...mesti buat sale hari ni...

yang menyedihkan pok cik, semalam pok cik kena marah customer...adalah sorang pak cik...kita promote kat dia astro la...pastu pak cik tu marah-marah kita pasal kenaikan harga astro tu...siap speaking lagi...ish ish ish...sedih pok cik masa tu...kita promoter je, kalau nak marah gi la marah diorang kat pejabat astro...speaking...kalo pok cik jawab balik dengan speaking...pok cik guaratee dia akan rasa malu sampai nak cari lubang untuk sembunyikan diri...ingat pok cik ni apa...pok cik orang london tau...hehehe (perasan)...

pok cik dah la terbawa-bawa sedih yang semalam, pagi ni plak masa gi jumpa tuan kedai ngan abah sebab nak bayar deposit kedai (kat jalan bayam), pastu tuan kedai tu (mak cik la) tengok pok cik ni cam cina...pastu adalah cakap-cakap pasal tu...pok cik serius terasa...jiwa yang halus ni habis berkecai...

pok cik sebenarnya jadi conpius...conpius yang amat sangat...yalah pok cik tau pok cik cina...tapi gak...masa pok cik ngaku pok cik ni melayu, orang melayu kata u ni cina, ni la, tu la...pastu orang cina plak menyingkirkan pok cik...masa pok cik ngaku sebagai orang cina plak, orang cina kata u ni melayu "b#b@", kena singkir lagi, melayu plak kata u ni dah melayu la...bukan cina lak...

hmm...apa semua ni...pok cik rasa cukup penat la dengan benda yang remeh temeh ni...kadangkala, pok cik rasa diri ni cam anak yatim..kena buang ke sini sana...last last tak tau masuk group mana...

sedih...sedih...dan sedih...

rasa lega sikit lepas kat sini...hehehe...

takpe la...sambung keje dulu...pasni citer lagi plak...

Wednesday, May 16, 2007

penat...

huhuhuhu...penat...penat...

pok cik baru balik dari luar. tadi masa keje tu pok cik keluar ke...hehehe...biarla rahsia...ni baru balik ke ofis...

hari ni pok cik tak kuar gi makan lunch sebab "sibuk" main game...kekeke...pok cik ajak pembantu pok cik tu main game sekali...main online game "Tales of Pirates"...



tapi sempatla jugak pok cik makan maggie cup...peveret pok cik ni...cepat dimasak sedap dimakan...kawan-kawan pok cik semuanya tau yg pok cik ni peminat maggie...hehehe



tapi kalau makan selalu muak gak...

ni pok cik masih ada di ofis...tengah backup data...rasa ngantuk dan badan berbau busuk...bau lelaki sejati...hehehe...nanti siap backup data tu nak balik dah...malas nak proses data e-bakti...tu keje pok cik la kalau you all tak tau apa tu proses data e-bakti...

so...takpe...buat keje dulu...